Ahad, 23 November 2014

2nd chance

2nd chance

dear friends,
thanks for drive me up and light up my days..
every single days are awesome!
                 -blackhijab-



"Aisy,aku teringin nak masuk syurga.
 Tapi layak ke aku? Aisy.. kalau ada jodoh,
 kita jumpa depan pintu syurga..."

-from blackhijab with love-

An: You are good for nothing Adi! For nothing!
Am:I'm good for nothing. Yes , for nothing. She told me that... thanks Aisy.
♥ ♥ ♥
An: Ireland change him a lot. He did it!
Adi:Dia kata semua orang deserve untuk peluang kedua. tapi kenapa aku tak dapat peluang kedua tu? Kau penipu An!


¨chapter one¨
  "An ,kau dah siapkan ke homework yang Sir Radzey bagi tu?"soal Fa sambil mengemas bukunya.
  Mata An tidak berkalih dari helaian kertas yang perlu disiapkan. "Add math module form four tu ke?"
  "Hmmm.."
  "Dah." Jawabnya pendek. Pen ditanga masih laju menulis."Aku siapkan petang tadi. Chemi kau  dah siapkan ke?"
  Fa sudah menguap. Dia melentok di atas meja . Dia menjeling jam loceng di sudut meja studinya. Lagi lima minit nak maauk pukul dua. Patutlah katil t7 dah manggil-manggil.
  "Fa..?"
  "Hmm..??"Fa mengangkat kepalanya ."Oh...sorry. Kau tanya pa tadi? chemi eh?"
  An mengangguk.
  "Belum." Dia kembali melentokkan kepala di atas meja. "Alah... esok aku  copy paste je la kat siapa-siapa."
  "Banyak lah kau punya copy paste. Karang copy kemana paste kemana. Chemi dah lah masa first."
  Haish... baru empat hari sekolah. Homework dah sebukit. Sejak naik form five ni tak menang tangan nak buat kerja. Sampai diri sendiri pun dah tak terurus.
  Walaupun SPM lambat lagi,tapi demamnya dah terasa. Aura dia memang aura ngeri. Iyalah siapa tak takut?SPM kut. Kalau tak nak kanto memang kena g9kus dari awal tahun.
  Buku pulak kalau pergi sekolah, Allah.. Macam bawak mesin basuh dalam beg. Dengan buku teks ,buku tulis, buku kerja, buku rujukan yang setebal kamus dewan. Memang la kalau balik sekolah tu rasa nak berguling aje dari kelas ke hostel.
  Tapi itulah,macam yang along kata, belajar ni bukan sekadar menuntut ilmu aje. Tapi menuntut pengorbanan jugak. Kita nakkan aesuatu kena korbankan sesuatu. Tak boleh mengeluh. Yang penting niat. Niat mesti kerana Allah. Bukan kejayaan semata-mata. Orang yang menuntut ilmu ni banyak kelebihan. Andai meninggal ketika dlm perjalanan untuk menuntut ilmu, itu dikira mati syahid sebab dalam keadaan fisabilillah. Subhanallah...
  'Yeah...finally! Siap pun!' Dia menggeliat. Allah.. mengantuknya.
  Kertas-kertas disusun lalu diletakkan didalam fail. An mengerling sekilas meja studi Fa.
  Aihhh.. tidur dah budak bertuah ni.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama